Jadual STR Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Bayaran Terkini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu rakyat meningkatkan ketahanan kewangan, khususnya menjelang musim perayaan utama di Malaysia.

Adakah anda layak menerima STR Fasa 2? Semak jadual pembayaran dan status kelayakan anda melalui panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

JADUAL STR FASA 2 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

CARA BAYARAN BANTUAN STR 2025

Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada setiap fasa adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :

  • Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
  • Melalui kaunter tunai cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi penerima yang tiada akaun bank.

JADUAL STR FASA 2 2025

Berikut merupakan jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :

FASA
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
TARIKH BAYARAN
Pertama (1)22 hingga 28 Januari 2025
Kedua (2)3 April dan berperingkat
Ketiga (3)Belum diketahui
Keempat (4)Belum diketahui

*Nota : Jadual di atas akan dikemaskini kembali dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran yang akan disiarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KADAR BANTUAN STR FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARAN
KESELURUHAN 2025
BAYARAN FASA 1BAYARAN FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan
Bawah
RM2,500)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Semua : RM500RM150
hingga
RM650
(tertakluk bil. anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501
hingga RM5,000)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM150
hingga
RM350
(tertakluk bil. anak)
RM100
hingga
RM300
(tertakluk bil. anak)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600RM150RM150
BujangRM600RM150RM150

PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2 2025

Semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 hanya boleh dilakukan melalui laman rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.