JPJ Lesen Percuma 2025: Semak Kelayakan MyLesen & Cara Mohon Sekarang!

JPJ Lesen Percuma 2025: Semak Kelayakan MyLesen & Cara Mohon

Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan Program MyLesen JPJ 2025, yang menyediakan bantuan lesen memandu percuma kepada golongan kurang berkemampuan. Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah tanpa bayaran yuran.

Bagaimana cara semak kelayakan penerima MyLesen JPJ 2025? Ketahui syarat, semakan status, dan cara permohonan di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

JPJ LESEN PERCUMA 2025

BACA JUGA : JPJ Lesen Percuma 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon

TUJUAN JPJ LESEN PERCUMA 2025

Antara tujuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) adalah untuk :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

SYARAT PENERIMA LESEN PERCUMA 2025

Untuk menerima Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) peserta perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agansi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA JPJ LESEN PERCUMA 2025

Bagi individu yang telah disahkan berjaya melepasi kelayakan menerima Bantuan Lesen Percuma (MyLesen), pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan status kelayakan beserta tarikh untuk latihan, amali dan ujian.

*Nota : Penerima yang disahkan perlu menghadirkan diri bagi setiap tarikh yang ditetapkan oleh pihak JPJ bagi mengelakkan permohonan terbatal.

TARIKH PELAKSANAAN JPJ LESEN PERCUMA 2025

Pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) adalah bermula pada bulan Februari sehingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penuh. Namun, setiap peserta perlu menyemak pada laman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap negeri masing-masing kerana tarikh adalah berbeza.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.