Kad Pekerja MADANI 2025 adalah inisiatif baharu Kerajaan yang ditawarkan khusus kepada ahli kesatuan sekerja di seluruh negara. Pemegang kad ini layak menikmati pelbagai kemudahan serta diskaun untuk barangan dan perkhidmatan terpilih sebagai tanda penghargaan kepada golongan pekerja.
Siapakah yang layak memohon Kad Pekerja MADANI 2025 dan bagaimana cara semakan status kelayakan? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lanjut.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

APA ITU KAD PEKERJA MADANI
Kad Pekerja MADANI merupakan Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja menikmati pelbagai diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat terlibat bagi barangan keperluan dan perkhidmatan menggunakan kad tersebut.
SYARAT KELAYAKAN KAD PEKERJA MADANI
Syarat Kelayakan Bantuan Kad Pekerja Madani mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; DAN
- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut;
KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI
Manfaat yang bakal diterima oleh pemilik Kad Pekerja Madani adalah seperti berikut:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s / Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee / SOCAR / Bateriku. - Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
- Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.
- Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK KAD PEKERJA MADANI 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Log Masuk].
- Klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
- Pilih Jenis Kad Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut Jenis Kad Pengenalan yang dipilih.
- Kemudian masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
- Tekan [Log Masuk].
- Klik [Semak Status].
- Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh terus rujuk Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI di bawah ini.
- https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq