Kadar Bayaran STR 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Tarikh Bayaran

Kadar Bayaran STR 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Tarikh Bayaran

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dilaksanakan secara berperingkat dalam empat fasa. Bayaran Fasa 1 telah diagihkan kepada 8.3 juta penerima pada Januari lalu, dan kini pembayaran Fasa 2 akan menyusul dalam masa terdekat.

Bagaimana cara semakan status kelayakan dan jumlah bayaran STR 2025 Fasa 2? Ikuti panduan lengkap serta info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025

  • ISI RUMAH :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • WARGA EMAS :
    • Ibu/bapa tunggal atau balu atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

KADAR BAYARAN STR 2025 FASA 2

Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kepada setiap kategori :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501-RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Untuk mengetahui kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua (2) yang akan diterima, perlu disemak melalui portal rasmi.

PAUTAN PORTAL RASMI STR 2025

Untuk semakan status dan permohonan atau rayuan hanya boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KADAR BAYARAN STR 2025 FASA 2

Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dapat :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah; atau klik pautan di atas..
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat, iaitu :

  1. Menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
  2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.