Semakan Kelayakan MyKasih 2025: Cara Semak Status & Ketahui Sama Ada Anda Layak atau Tidak

Semakan Kelayakan Bantuan MyKasih 2025: Adakah Anda Penerima Layak?

Untuk tahun 2025, Bantuan MyKasih diteruskan dengan pendekatan lebih mudah dan selamat, di mana bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, tanpa perlu pengeluaran tunai. Penerima hanya perlu menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima Bantuan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap semakan kelayakan secara online, kriteria penerimaan dan maklumat penting lain di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025

JUMLAH PENERIMA LAYAK MYKASIH 2025

Berikut merupakan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih dari semasa ke semasa :

TAHUN PELAKSANAANJUMLAH PENERIMAKELAYAKAN PENERIMA
20230.2 jutaPenerima Miskin Tegar
20240.5 jutaPenerima Miskin dan Miskin Tegar
20255.4 jutaPenerima Miskin, Miskin Tegar
dan Asas Bukan Miskin

KADAR BAYARAN MYKASIH MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA 2025

Kadar pembayaran Bantuan MyKasih adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Kelayakan Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
(RM)
ISI RUMAHRM2,100/setahun
WARGA EMASRM1,650/setahun
BUJANGRM600/setahun
  • Penerima Kelayakan Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
(RM)
ISI RUMAHRM900/setahun
WARGA EMASRM450/setahun
BUJANG

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025

Sila layari pautan laman Portal Rasmi MyKasih di bawah untuk semakan status penerima yang layak :

  1. Pada halaman utama Portal Rasmi MyKasih, sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  2. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*] yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*Nota : Sekiranya, status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, sila klik pada pautan [Semak Kelayakan].

  1. Laman Portal Rasmi STR akan dipaparkan untuk semakan status.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih dibayar berdasarkan jadual seperti berikut :

PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Dibayar setiap bulan selama 12 bulan :

15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Dibayar setiap bulan selama 9 bulan :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment