Semakan SARA MyKasih 2025: Status Kelayakan Penerima Bantuan Layak atau Tidak

Semakan SARA MyKasih 2025: Status Kelayakan Penerima Bantuan Layak atau Tidak

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 menerusi inisiatif MyKasih telah diperluas kepada 5.4 juta penerima yang merangkumi dua kumpulan utama: 0.7 juta penerima sedia ada dan 4.7 juta penerima baharu. Golongan yang layak termasuk isi rumah B40, warga emas, dan individu bujang, dengan bantuan dikreditkan terus ke MyKad penerima bermula April 2025.

Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan SARA MyKasih 2025? Teruskan membaca untuk panduan lengkap dan maklumat penting.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025

TARIKH PENYALURAN SARA MYKASIH TERBARU 2025

Penyaluran terbaru Bantuan SARA MyKasih adalah pada tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN TERBARU
Bantuan SARA MyKasihBermula 1 April 2025 (Selasa)

JUMLAH PENYALURAN SARA MYKASIH TERBARU 2025

Pada 1 April 2025 (Selasa), Kerajaan menyalurkan Bantuan SARA MyKasih sebanyak jumlah berikut :

PENERIMA MYKASIH
SEDIA ADA
PENERIMA MYKASIH
BAHARU
Isi Rumah : RM200Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM150Warga Emas : RM50
Bujang : RM50Bujang : –

BILANGAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Penerima yang layak menerima Bantuan SARA MyKasih yang terbaru pada 1 April 2025 adalah seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN PENERIMA
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
Penerima Baharu4.7 juta penerima

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

CARA PENYALURAN SARA MYKASIH 2025

Penyaluran Bantuan SARA MyKasih adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

KEGUNAAN SARA MYKASIH 2025

Bantuan SARA MyKasih yang disalurkan adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.