Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan MyKid Online

Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan MyKid Online

Berita Terkini! Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan MyKid kini dibuka semula bermula 29 Julai 2024 setelah ditangguhkan sementara pada tahun lepas. Ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN untuk membuat permohonan MyKid.

Bagi yang telah memohon, anda juga boleh membuat semakan MyKid secara online untuk mengetahui status permohonan MyKid.

Bagaimanakah cara semakan status MyKid online? Ikuti info lanjut di sini untuk panduan lengkap.

BACA JUGA : Bantuan MyKad RM1200 2025

APA ITU MYKID

MyKid ialah dokumen pengenalan diri (bercip), iaitu kad pengenalan untuk kanak-kanak yang bestatus warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke bawah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.

MyKid mengandungi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor pengenalan unik, nombor daftar kelahiran, negeri lahir, tarikh lahir, alamat, kewarganegaraan, agama, dan jantina. Namun, MyKid tidak mempunyai tidak mempunyai gambar dan cap jari pemilik.

DOKUMEN PERMOHONAN MYKID

Permohonan MyKid boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak dengan menghadiri mana-mana cawangan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan.
Dokumen permohonan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
  2. Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa).

Catatan : Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan tepat dan membuat pembayaran permohonan. Setelah semua prosedur selesai, pemohon akan menerima resit permohonan MyKid sebagai bukti. MyKid boleh diambil di pejabat JPN dengan membawa resit permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon.

TARIKH BUKA PERMOHONAN

Permohonan MyKid akan dibuka semula mulai 29 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia.

Apabila MyKid telah siap, anda akan dimaklumkan untuk hadir ke pejabat JPN bagi tujuan pengambilan. Sila bawa resit permohonan dan dokumen pengenalan diri anda.

TARIKH SEMAKAN MYKID

Semakan permohonan MyKid boleh dilakukan bila-bila masa sahaja setelah melakukan permohonan. MyKid dijangka siap dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh permohonan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MYKID SIAP ONLINE

Panduan lengkap semakan status permohonan MyKid boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Sistem Semakan Status Permohonan MyKid, di pautan :
    https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/
  2. Masukkan Nombor MyKid
  3. Seterusnya isi 4 Kod Captcha seperti yang dipaparkan (warna biru).
  4. Klik butang ‘Semak’ untuk teruskan.
  5. Status permohonan akan dipaparkan, sama ada MyKid sedia untuk diambil atau masih dalam proses.
  6. Selesai.

Catatan : Sekiranya status permohonan menunjukkan “MyKid sedia untuk diambil”, anda boleh hadir ke pejabat JPN yang berkenaan untuk mengambil MyKid tersebut. Pastikan anda membawa resit permohonan dan dokumen pengenalan diri anda semasa pengambilan.

Sekiranya status permohonan menunjukkan “Dalam proses” atau “Belum siap”, anda perlu menunggu sehingga status bertukar kepada “MyKid sedia untuk diambil”.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak JPN dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang permohonan MyKid bagi memudahkan capaian orang ramai.

  • Portal Rasmi JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
  • No. telefon : 03-8000 8000
  • e-Mel Rasmi JPN : [email protected]