Login MyKasih Online 2025: Semakan Bantuan
Kerajaan akan menambah peruntukan untuk program MyKasih pada tahun 2025, bertujuan meringankan beban kos sara hidup lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.
Ingin tahu cara login MyKasih 2024 untuk semakan bantuan secara online? Ikuti panduan lengkap dan dapatkan info terkini di sini!
BACA JUGA : STR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK
KADAR AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih akan diagihkan pada tahun 2025 dengan kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
Bujang : RM0.di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
Penerima berstatus Miskin / Miskin Tegar :
Isi Rumah : RM1,200;
Warga Emas : RM1,200;
Bujang : RM600.
Penerima berstatus Asas Bukan Miskin :
Isi Rumah : RM900;
Warga Emas : RM450;
![](https://semakanstr.my/wp-content/uploads/2025/01/MY-KASIH-1024x576.webp)
JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Bermula Januari hingga Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | Bermula April hingga Disember 2025 |
*Namun, tarikh akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi nanti.
CARA AGIHAN BANTUAN MYKASIH
Lazimnya Bantuan MyKasih akan diagihkan kepada penerima melalui dua (2) cara, iaitu :
- Diagihkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima; atau
- Diagihkan secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
LOGIN MYKASIH
Terdapat dua (2) pautan Portal Rasmi untuk semakan yang boleh di login (log masuk), iaitu :
- Panduan Login Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Login Portal Rasmi STR :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Alamat E-mel : [email protected]
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900