Kerajaan Madani meneruskan program lesen motosikal percuma 2025 melalui kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu golongan belia B40 mendapatkan latihan serta ujian memandu tanpa sebarang bayaran. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan belia serta meningkatkan keselamatan di jalan raya.
Bagaimana cara semak permohonan lesen motosikal percuma 2025? Ikuti panduan lengkap semakan di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Program lesen memandu motosikal percuma (B2) adalah inisiatif Kerajaan Malaysia Madani dengan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Memandu untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya belia daripada golongan B40 untuk memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa sebarang bayaran.
SYARAT KELAYAKAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia/16 tahun keatas daripada Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, atau Graduan;
- Memerlukan Lesen untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja;
- Tidak pernah Memiliki sebarang Lesen Memandu;
- Bebas daripada Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
TUJUAN PEMBERIAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan rakyat golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan peluang/ kebolehpasaran pekerjaan golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
- Menyediakan latihan dan kemahiran memandu secara selamat dan sah di sisi undang-undang.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Semakan permohonan adalah seperti berikut:
- Setelah permohonan dilakukan, semakan akan dilakukan oleh JPJ.
- Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui SMS atau e-mel.
- Jadual latihan teori, praktikal, dan ujian memandu akan diberikan.
- Pemohon dikehendaki LULUS ujian dan latihan yang diberikan.
CARA PERMOHONAN PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA ONLINE
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, dan dapatkan borang permohonan lesen percuma:
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama - Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap besertakan dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
- Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
- Kemudian, JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Bukti Penerimaan Bantuan Kerajaan.
- Surat Pengesahan Pendapatan Isi Rumah.
DOWLOAD BORANG PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
Untuk makluman, BORANG PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/