LHDN STR 2025: Fasa 1 Semak Status Bayaran RM500, RM300 & RM150
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah mula disalurkan kepada seramai 8.3 juta penerima yang layak. Program ini melibatkan peruntukan besar sebanyak RM2.3 bilion untuk meringankan beban kewangan rakyat.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan pembayaran STR Fasa 1? Pastikan anda tidak terlepas maklumat penting dengan mengikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
APA ITU LHDN STR 2025
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengendalikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperuntukan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) untuk menghadapi isu peningkatan kos sara hidup.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa yang mana kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan pada tahun 2025 sehingga RM13 billion disasarkan kepada 9 juta rakyat Malaysia.
KAEDAH STR 2025 DISALURKAN
- SECARA KREDIT :
- Bantuan STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
- SECARA TUNAI :
- Bantuan STR akan diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2025
- Warganegara Malaysia;
- ISI RUMAH :
- Berkahwin ada atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal ada anak;
- Tiada had umur;
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- WARGA EMAS :
- Ibu/bapa tunggal (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- BUJANG :
- Belum berkahwin; atau
- Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU 19 tahun ke atas);
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- ISI RUMAH :
JUMLAH STR 2025
Berikut merupakan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
Dan, berikut adalah jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Semua : RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
*Nota : Bagaimanapun, setiap penerima perlu membuat semakan status berapa jumlah yang layak diterima.
PAUTAN PORTAL RASMI LHDN STR 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi LHDN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk semakan dan permohonan :
PAUTAN PORTAL RASMI LHDN STR 2025 |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN CEK STATUS KELAYAKAN STR 2025
Ikuti panduan lengkap cara cek status layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 :
- Sila layari Porta Rasmi STR atau klik pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.