Log Masuk STR Hasil 2025: Semakan Bantuan Fasa 1 & Status Lulus

Log Masuk STR Hasil 2025: Cara Semak Status Bantuan Fasa 1

Penerima bantuan STR boleh mula menuntut bantuan untuk Fasa 1 2025 sekiranya berstatus lulus. Tarikh pengagihan bagi Fasa 1 dijangka bermula pada April 2025, namun ia akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Sebarang pindaan atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Bagi pemohon yang gagal menerima bantuan STR, rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi LHDN untuk memudahkan urusan semakan dan hebahan terkini.

Bagaimanakah log masuk STR Hasil 2025? Ikuti panduan dan penjelasan lengkap di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semakan STR 2025.

Log Masuk STR Hasil 2025

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/

LOG MASUK STR HASIL

Pemohon boleh logIn portal rasmi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada bila-bila masa untuk semakan kelayakan dan pengemaskinian maklumat. Berikut merupakan cara log masuk portal STR:

  1. Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Selesai.

SEMAKAN STR HASIL

Setelah berjaya log masuk ke portal STR, pemohon boleh mula menyemak status kelulusan Fasa 1 serta bayarannya seperti di bawah:

  1. Pemohon berjaya log masuk STR.
  2. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  3. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  4. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  5. Sila klik [Semakan Permohonan].
  6. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  7. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  8. Selesai.

Proses kemas kini maklumat juga boleh dibuat apabila login masuk STR Hasil. Pemohon yang perlu mengemaskini maklumat ialah:

  • Tidak mengemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023.
  • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.

RUJUKAN

Semua info dirujuk oleh pautan rasmi LHDN. Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:

E-mel Rasmi : [email protected]

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566