Login SYUKUR Sabah 2025: Semakan Status Kelayakan Bantuan Fasa 2 RM900 Secara Online

Kerajaan Negeri Sabah terus komited membantu rakyat melalui pemberian Bantuan SYUKUR Sabah 2025 sebanyak RM900 secara one-off kepada penerima yang layak dalam Fasa 2. Bantuan ini khas untuk rakyat Sabah dan individu yang telah bermastautin lebih 1 tahun di negeri ini.

Bagaimanakah cara login SYUKUR Sabah 2025 untuk buat semakan status kelayakan Fasa 2? Ikuti panduan lengkap dan info penting di bawah untuk semak sama ada anda layak menerima bantuan ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

LOGIN SYUKUR SABAH 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

INISIATIF SYUKUR SABAH 2025

Kerajaan Negeri Sabah telah mewujudkan sebuah inisiatif bantuan tunai iaitu Sentuhan Kasih Rakyat Sabah / SYUKUR untuk membantu rakyat Sabah terutamanya yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa.

Bantuan SYUKUR diperuntukan sebanyak RM300 setiap bulan bagi setiap penerima. Namun, kerajaan menyalurkannya secara sekaligus sebanyak RM900 setiap tiga (3) bulan supaya dapat membantu rakyat memenuhi keperluan.

JENIS PENERIMAAN BAYARAN SYUKUR SABAH

Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran, kerajaan mewujudkan tiga (3) jenis penerimaan bayaran SYUKUR Sabah, iaitu :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai bagi penerima tiada akaun bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet YONO Superapp.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah kini memasuki fasa yang kedua (2) dijadualkan pada tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
SYUKUR SABAH FASA 2
Kredit terus dalam akaun bank penerimaApril 2025
Secara tunai bagi penerima tiada
akaun bank
April – Mei 2025
(Berperingkat)
Penerima baharu
(Bukan senarai e-Kasih)
Mei 2025

PAUTAN LOGIN SYUKUR SABAH 2025

Berikut merupakan pautan laman web rasmi SYUKUR Sabah :

CARA LOGIN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH 2025

Berikut merupakan cara semakan status kelayakan penerima SYUKUR Sabah melalui laman web rasmi :

  1. Sila layari laman web rasmi SYUKUR Sabah; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.