MyKad Madani 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Bayaran RM200, RM100, RM50

MyKad Madani 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Bayaran (RM200, RM100, RM50)

Bantuan MyKad Madani atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif kerajaan Madani 2025 yang bertujuan memberikan bantuan tambahan kepada golongan kurang mampu untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Bantuan ini dikreditkan ke MyKad penerima dalam bentuk RM200, RM100, atau RM50, bergantung kepada kelayakan.

Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima bayaran MyKad Madani Fasa 2? Ketahui panduan dan info lanjut di bawah untuk memastikan status kelayakan anda.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

TARIKH BAYARAN MYKAD MADANI FASA 2

Pembayaran Bantuan MyKad Madani (SARA) bagi fasa kedua (2) adalah pada :

PERKARATARIKH BAYARAN
Bantuan MyKad Madani Fasa 2Februari 2025

*Nota : Tarikh bayaran Bantuan MyKad akan dikemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

BILANGAN PENERIMA MANFAAT MYKAD MADANI FASA 2

Bantuan MyKad Madani bagi fasa yang kedua (2) akan memanfaatkan seramai 700,000 ribu penerima sedia ada iaitu golongan yang berstatus miskin tegar serta miskin eKasih merangkumi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

JUMLAH BAYARAN MYKAD MADANI 2025 FASA 2

Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKad Madani yang akan dibayar ke dalam MyKad setiap kategori penerima bagi fasa kedua (2) :

  • Isi Rumah : RM100;
  • Warga Emas : RM100; dan
  • Bujang : RM50.

PANDUAN SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN MYKAD MADANI FASA 2

Ikuti panduan semak status sebagai penerima bayaran MyKad Madani fasa kedua (2) di dua (2) pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

CARA GUNA MYKAD MADANI 2025

Hanya individu yang disahkan layak serta telah menerima bantuan dalam MyKad sahaja boleh menggunakan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih (rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (mengikut label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label MyKasih.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN (nombor awal MyKad) dan tukarkan kepada nombor PIN yang baharu.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit akan diberikan.

*Nota : Setiap pembelian perlulah tidak melebihi dari baki dalam MyKad. Sekiranya melebihi baki dalam MyKad, individu perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.