MyKad Madani 2025 Fasa 2: Cek Status Layak Penerima (RM200, RM100, RM50) – Sistem Semakan Permohonan & Bantuan Sara Hidup Warga Emas

MyKad Madani 2025 Fasa 2: Cek Status Layak Penerima (RM200, RM100, RM50)
Program MyKad Madani di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan pada tahun 2025 dengan peningkatan peruntukan. Bilangan penerima yang layak juga diperluaskan daripada 0.7 juta kepada 5.4 juta penerima, termasuk Bantuan Sara Hidup Warga Emas.

Bagaimanakah cara cek status penerima MyKad Madani Fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN MYKAD MADANI 2025

Inisiatif Bantuan MyKad Madani adalah di bawah program MyKasih yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bertujuan untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat dengan membantu memenuhi barangan keperluan asas.

Pengkreditan bantuan melalui MyKad penerima adalah khas untuk memudahkan kerajaan mengenalpasti individu yang layak serta dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) bagi pembelian barangan keperluan asas.

TARIKH PENGKREDITAN MYKAD MADANI 2025 FASA 2

Pengkreditan Bantuan MyKad Madani bagi fasa kedua (2) adalah pada :

PERKARATARIKH
Pengkreditan Bantuan MyKad Madani Fasa 2Februari 2025

*Nota : Pihak kami akan mengemaskini tarikh pengkreditan Bantuan MyKad Madani untuk fasa kedua (2) dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI 2025 FASA 2

Jumlah Bantuan MyKad Madani yang dikreditkan pada fasa kedua (2) adalah sebanyak :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
MYKAD MADANI FASA 2
Isi RumahRM100
Warga EmasRM100
BujangRM50

BILANGAN PENERIMA MYKAD MADANI FASA 2

Untuk pengkreditan Bantuan MyKad Madani fasa yang kedua (2) hanyalah terhad kepada seramai 700,000 ribu penerima yang merupakan golongan isi rumah, warga emas dan bujang berstatus miskin tegar dan miskin eKasih.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA MYKAD MADANI FASA 2

Bantuan MyKad Madani fasa kedua (2) adalah khas kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PANDUAN CEK STATUS PENERIMA MYKAD MADANI FASA 2

Berikut merupakan panduan lengkap cara untuk cek status kelayakan penerima Bantuan MyKad Madani melalui dua (2) pautan portal rasmi yang berbeza :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.