Bantuan Dalam MyKad RM200 2025: Semakan Kelayakan Penerima & Cara Guna Bantuan Cashless
Kerajaan memperkenalkan inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) sebanyak RM200, yang dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan Diri) setiap penerima. Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan rakyat dewasa, terutamanya golongan B40, berbelanja secara lebih selamat dan cekap di kedai terpilih yang menyokong transaksi tanpa tunai.
Bagaimana cara untuk semak status kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad RM200 bagi tahun 2025? Ikuti panduan lengkap dan info penting di bawah untuk semakan anda
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Antara kegunaan Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah khas untuk pembelian secara tanpa tunai mengikut senarai barangan yang diluluskan berikut :
- Barang Dapur : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
- Produk Kebersihan : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
- Ubat-ubatan : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barang Sekolah : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2025
Pengkreditkan Bantuan Dalam MyKad adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 1April 2025 | RM200 |
2. | 1 Mei 2025 | RM200 |
3. | 1Jun 2025 | RM200 |
4. | 1Julai 2025 | RM200 |
5. | 1 Ogos 2025 | RM200 |
6. | 1September 2025 | RM200 |
7. | 1 Oktober 2025 | RM200 |
8. | 1November 2025 | RM200 |
9. | 1 Disember 2025 | RM200 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 2025
Ketahui status anda sama ada layak atau tidak terima Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM200 melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Baki yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi seperti di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.