Bantuan Dalam MyKad RM900 2025: Semakan Kelayakan Penerima STR B40 & M40

Bantuan Dalam MyKad RM900 bagi tahun 2025 disasarkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 dan M40. Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.

Adakah anda tergolong dalam senarai penerima layak? Ketahui cara semak kelayakan Bantuan MyKad RM900 2025, syarat penerima, dan panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad yang bernilai RM900 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Semak kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM900 melalui pautan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Dalam MyKad penerima sebanyak RM900 secara ansur setiap bulan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.01/04/2025 (Selasa)RM100
2.01/05/2025 (Khamis)RM100
3.01/06/2025 (Ahad)RM100
4.01/07/2025 (Selasa)RM100
5.01/08/2025 (Jumaat)RM100
6.01/09/2025 (Isnin)RM100
7.01/10/2025 (Rabu)RM100
8.01/11/2025 (Sabtu)RM100
9.01/12/2025 (Isnin)RM100
= RM900

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk kebersihan : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Barang sekolah : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
  • Ubat-ubatan : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.