MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA ONLINE
Program Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan bagi tahun 2025 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menampung kos barangan keperluan asas secara bulanan. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, dan boleh digunakan di pasar raya terpilih di seluruh negara.
Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan MyKasih RM100 bulan-bulan? Panduan ini akan bantu anda buat semakan online, syarat kelayakan, serta tarikh pengkreditan bantuan MyKasih terkini.
KRITERIA PENERIMA MYKASIH 100 SETIAP BULAN
Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan diberikan khas kepada yang menepati kriteria kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Isi Rumah berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Isi Rumah tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2024.
TARIKH PENERIMAAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN
Penerimaan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan adalah pada tarikh-tarikh berikut :
BIL. | TARIKH PENERIMAAN MYKASIH |
---|---|
1. | 1 April 2025 |
2. | 1 Mei 2025 |
3. | 1 Jun 2025 |
4. | 1 Julai 2025 |
5. | 1 Ogos 2025 |
6. | 1 September 2025 |
7. | 1 Oktober 2025 |
8. | 1 November 2025 |
9. | 1 Disember 2025 |
CARA PENERIMAAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN
Berikut merupakan cara penerimaan Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 :
NEGERI PENERIMA | CARA PENERIMAAN MYKASIH |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). |
Sabah, Sarawak dan Labuan | Dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). |
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 100 SETIAP BULAN
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih RM100 setiap bulan, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.