MyKasih 2025 Fasa Februari: Semakan Kelayakan & Bayaran (RM100 & RM50)
Bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat, kerajaan menyediakan bantuan MyKasih 2025 sebagai bantuan tambahan bulanan. Penerima yang layak akan menerima RM100 atau RM50, dikreditkan terus ke MyKad, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimana cara membuat semakan MyKasih 2025 Fasa Februari? Rujuk info lengkap di bawah untuk mengetahui status kelayakan dan tarikh bayaran.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH FASA FEBRUARI
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara langsung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
LOG MASUK DAN SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025
Semakan Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MYKASIH adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH FASA FEBRUARI
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI (RM) |
---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 100 |
Bujang (Setiap Individu) | RM 50 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
Untuk makluman anda, bagi kategori Penerima STR BUKAN berstatus Miskin/Miskin eKasih, bantuan akan disalurkan bermula April sehingga Disember 2025.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025 FASA FEBRUARI
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari sehingga Disember : Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan. |
Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih) | Bulan April sehingga Disember : Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara