MyKasih 2025 Semakan Status: Cek Kelayakan Bayaran RM200, RM100 & RM50

MyKasih 2025 Semakan Status: Semak Kelayakan Bayaran (RM200, RM100 & RM50)

Program Bantuan MyKasih 2025 kini diselaraskan untuk penerima di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas setiap bulan dengan kadar RM200, RM100, atau RM50, bergantung pada kelayakan.

Semak status kelayakan dan cara mendapatkan bayaran MyKasih 2025 melalui panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/

APA ITU MYKASIH 2025

MyKasih telah diperkenalkan oleh NGO tempat iaitu Tan Sri Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean sejak tahun 2009 sebagai sebuab program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar bagi memenuhi barangan keperluan asas.

Kemudian, pada tahun 2023 Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 telah memperuntukan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan di bawah MyKasih bertujuan membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas sehingga kini.

KAEDAH BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih adalah melalui kaedah pengkreditan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima yang memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan setiap bulan.

KRITERIA PENERIMA MYKASIH 2025 MELEPASI STATUS

Terdapat dua (2) kriteria penerima MyKasih, iaitu :

  • Penerima MyKasih Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima MyKasih Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran MyKasih seperti berikut :

  • Panduan Semakan Status MyKasih Melalui Portal Rasmi :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Panduan Semakan Status MyKasih Melalui Aplikasi :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

KADAR BAYARAN MYKASIH 2025 MENGIKUT STATUS PENERIMA

Setiap penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :

KADAR BAYARAN KEPADA
PENERIMA MYKASIH
MISKIN & MISKIN TEGAR
KADAR BAYARAN KEPADA
PENERIMA MYKASIH
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah : RM100 / RM200
setiap bulan
Isi Rumah : RM100 setiap bulan
Warga Emas : RM100 / RM150
setiap bulan
Warga Emas : RM50 setiap bulan
Bujang : RM50 setiap bulan

TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025

Tempoh pembayaran Bantuan MyKasih adalah mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH BAYARAN MYKASIH
Penerima Miskin & Miskin TegarSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember 2025)
Penerima Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.