Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
MyKasih 2025: Bila Masuk & Cara Semak Kelayakan (RM1200, RM900, RM600)
Program Bantuan MyKasih akan diteruskan pada tahun 2025 dengan perluasan penerima, meningkatkan jumlah dari 700,000 kepada 5.4 juta penerima, termasuk 4.7 juta penerima baharu.
Bilakah Bantuan MyKasih masuk, dan bagaimana semak status kelayakan melalui laman web rasmi www.mykasih.com.my? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah untuk memastikan anda layak menerima bantuan.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
MYKASIH 2025 BILA MASUK
Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut jadual seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 | April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
MYKASIH 2025 BERAPA MASUK
Jumlah Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dimasukkan seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM100 sebulan sehingga RM900 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun | Tiada Peruntukan |
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Ikuti panduan semakan status Bantuan MyKasih di pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MYKASIH 2025 CARA MASUK
Terdapat dua (2) cara Bantuan MyKasih dimasukkan kepada penerima, iaitu secara :
NEGERI PENERIMA | CARA MASUK BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang. | Dimasukkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas. |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dimasukkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.