MyKasih Asas Rahmah 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan SARA Terkini

MyKasih Asas Rahmah 2025: Cara Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan SARA
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang dilaksanakan di bawah Yayasan MyKasih bertujuan memastikan bantuan diagihkan dengan telus kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Inisiatif ini menyasarkan isi rumah berpendapatan rendah dengan pemberian bantuan bulanan secara tanpa tunai menggunakan MyKad, sekaligus mengurangkan risiko ketirisan dan penyelewengan.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan MyKasih Asas Rahmah 2025? Ikuti panduan penuh dan info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH ASAS RAHMAH 2025

SISTEM BAYARAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025

Kerajaan MADANI memperkenalkan sistem bayaran Bantuan MyKasih yang lain daripada bantuan sedia ada, yang mana ianya dibayar kepada penerima secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan.

Setelah bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad), penerima perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan di kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

NILAI BANTUAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025

Nilai Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada golongan penerima setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BAYARAN
(GOLONGAN MISKIN
& MISKIN TEGAR)
NILAI BAYARAN
(GOLONGAN ASAS
BUKAN MISKIN)
ISI RUMAH
(Berpasangan /
Tunggal ada anak)
RM100/RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
RM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMAS
(Tiada pasangan)
RM100/RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
RM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANG
(Bujang / Balu / Duda /
Janda tiada anak)
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun

JADUAL BAYARAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih adalah setiap bulan bagi sepanjang tahun ini mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
(GOLONGAN MISKIN &
MISKIN TEGAR)
TARIKH BAYARAN
(GOLONGAN ASAS
BUKAN MISKIN)
Bermula 15 Januari 2025
sehingga 1 Disember 2025
Bermula 1 April 2025
sehingga 1 Disember 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025

Ketahui status kelayakan sebagi penerima Bantuan MyKasih Asas Rahmah melalui semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment