Login MyKasih 2025: Cara Semak Status Penerima SARA RM100 & RM50
MyKasih Foundation, yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan Puan Sri Jean, berperanan penting dalam membantu keluarga dan pelajar yang kurang bernasib baik. Kerajaan Madani, bekerjasama dengan organisasi ini, memperluaskan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih pada tahun 2025, dengan peningkatan peruntukan untuk lebih ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah login MyKasih untuk menyemak status penerima SARA? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah untuk info lanjut tentang semakan MyKasih online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH
Beberapa syarat dikenakan untuk penerima bantuan SARA bagi memastikan sumbangan disalurkan kepada yang betul-betul berkelayakan. Senarai kriterianya adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti disenaraikan di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA
Pemberian bantuan SARA MyKasih ini adalah secara ansuran serta berperingkat kepada penerima yang seperti ditunjukkan di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
LOGIN MYKASIH
Ini adalah cara login MyKasih secara online di https://mykasih.com.my dan di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
LOGIN MYKASIH SEMAKAN STATUS
Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian menerusi dua pautan rasmi seperti di bawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
Alamat E-mel : [email protected]
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900