MyKasih Rahmah 2025: Semak Status Kelayakan Bantuan SARA Terkini Sekarang
Sebanyak 5.4 juta rakyat Malaysia dewasa telah disahkan layak menerima bantuan tunai melalui program MyKasih Rahmah (Sumbangan Asas Rahmah SARA) 2025. Bantuan ini diberikan setiap bulan dengan kadar antara RM50 hingga RM200, bergantung kepada kelayakan individu dan kategori isi rumah.
Ingin tahu sama ada anda tersenarai sebagai penerima bantuan MyKasih Rahmah 2025? Ikuti panduan semakan status kelayakan dan maklumat lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MEDIUM BAYARAN MYKASIH RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih telah diselaraskan mengikut medium berikut :
NEGERI-NEGERI PENERIMA | MEDIUM BAYARAN MYKASIH |
---|---|
W.P Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dibayar secara automatik tanpa tunai melalui medium kad pengenalan (KP) penerima pada setiap bulan. |
TARIKH BAYARAN TERBARU MYKASIH RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih yang terbaru adalah pada tarikh berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
MyKasih (Bantuan Asas Rahmah) | Mulai 01 Mei 2025, Khamis |
KADAR BAYARAN MYKASIH RAHMAH 2025
Kadar bayaran Bantuan MyKasih pada bulan yang terbaru adalah sebanyak berikut :
KADAR BAYARAN MYKASIH (PENERIMA SEDIA ADA) | KADAR BAYARAN MYKASIH (PENERIMA BAHARU) |
---|---|
Isi Rumah : RM200 | Isi Rumah : RM100 |
Warga Emas : RM150 | Warga Emas : RM50 |
Bujang : RM50 | Bujang : – |
SEMAK STATUS MYKASIH RAHMAH 2025
Ikuti panduan semakan status MyKasih seperti berikut :
- Laman Web Rasmi MyKasih Rahmah : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*] yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi STR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.