MYKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

MyKasih RM100 2025: Permohonan & Semakan Status Online

Menurut pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif MyKasih. Program ini bertujuan membantu golongan yang layak dengan pemberian bantuan tunai RM100 untuk meringankan beban kos sara hidup.

MYKASIH RM100 2025

BACA JUGA : Bantuan MyKasih RM100 2025

MYKASIH RM100 2025

Program di bawah MyKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan sejak Jun 2023 bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat miskin dan miksin tegar. Namun pada tahun 2025, kerajaan menyasarkan kepada lebih ramai penerima termasuk yang bukan miskin juga.

TEMPOH PENYALURAN MYKASIH 2025

Penyaluran Bantuan di bawah program MyKasih adalah mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PENYALURAN
Miskin dan Miskin TegarSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember 2025)
Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

Bagaimana Cara Permohonan MyKasih RM100?

  1. Daftar MyKasih secara online: Layari laman rasmi MyKasih untuk mendaftar dan mengemukakan permohonan.
  2. Lengkapkan maklumat: Isi borang dengan tepat dan pastikan dokumen sokongan disediakan.
  3. Semakan kelayakan: Hanya mereka yang memenuhi syarat tertentu akan layak menerima bantuan.

Cara Semakan Status MyKasih Online

  1. Akses portal rasmi: Pergi ke laman web MyKasih untuk menyemak status permohonan.
  2. Log masuk akaun: Masukkan maklumat log masuk seperti nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Papar status: Semak sama ada permohonan anda diterima, diproses, atau diluluskan.

Maklumat Penting:

  • Bantuan ini diberikan secara bulanan untuk membantu pembelian barangan asas keperluan.
  • Pastikan anda mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap mengenai Permohonan MyKasih RM100 dan semakan status secara online hanya di portal rasmi program ini.

PERMOHONAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan panduan permohonan untuk penerimaan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan bagi tahun 2025 :

  1. Sila layari pautan portal rasmi di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih.

PENDAFTARAN EKASIH 2025

Ikuti cara pendaftaran dengan e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800
  6. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS ONLINE MYKASIH 2025

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan permohonan, ikuti panduan semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :