BANTUAN MyKasih RM2100 2025 Dalam MyKad: Semakan Kelayakan & Cara Mohon SARA STR

BANTUAN MYKASIH RM2100 2025 DALAM MYKAD: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR & SARA

Tahun 2025 menyaksikan penambahbaikan besar dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana penerima STR 2025 kini boleh menerima bantuan sehingga RM2,100 setahun melalui program MyKasih yang dimasukkan terus ke dalam MyKad. Kadar ini meningkat sehingga 75% berbanding tahun sebelumnya, membantu meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

Adakah anda salah seorang yang layak menerima Bantuan MyKasih RM2100 dalam MyKad tahun 2025? Ketahui cara semakan status kelayakan terkini dan panduan mohon di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 2025

SIAPA LAYAK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Penerima Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

MANFAAT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (IC), membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang berdaftar di seluruh Malaysia dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment