MyKasih SARA Semakan 2025: Semak Kelayakan Online & Bayaran RM200, RM100, RM50

MyKasih SARA Semakan 2025: Semak Kelayakan Online & Bayaran RM200, RM100, RM50

Program MyKasih melaksanakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara cashless, di mana bantuan kewangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan memenuhi keperluan asas mereka, termasuk bayaran RM200, RM100, dan RM50.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan MyKasih SARA secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat kelayakan dan jumlah bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH SARA SEMAKAN 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

KRITERIA PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Pemberian Bantuan MyKasih SARA terbahagi kepada dua (2) kriteria penerima, iaitu :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Pertambahan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih SARA pada tahun 2025 adalah seramai 4.7 juta penerima baharu dan penerima sedia ada adalah seramai 0.7 juta. Menjadikan jumlah keseluruhan penerima Bantuan MyKasih SARA pada tahun ini seramai 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.

MYKASIH SARA SEMAKAN 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA melalui pautan portal rasmi berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

KADAR AMAUN MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan kadar amaun Bantuan MyKasih SARA yang disalurkan untuk sepanjang tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :

KADAR AMAUN
MYKASIH SARA
PENERIMA MISKIN & MISKIN
TEGAR
KADAR AMAUN
MYKASIH SARA
PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAH : RM100/RM200 Setiap bulanISI RUMAH : RM100 Setiap bulan
WARGA EMAS : RM100/RM150
Setiap bulan
WARGA EMAS : RM50 Setiap bulan
BUJANG : RM50 Setiap bulan

TEMPOH PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025

Pelaksanaan Bantuan MyKasih SARA adalah selama tempoh yang ditetapkan berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PELAKSANAAN
Penerima Miskin & Miskin TegarSelama 12 bulan
(Januari sehingga Disember 2025)
Penerima Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April sehingga Disember 2025)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.