MyKasih SARA 2025: Semakan Status Kelayakan (RM1200, RM900 & RM600)
Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini membantu penerima membeli barangan keperluan asas dan memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi tanpa terbeban oleh kenaikan kos sara hidup.
Bagaimana cara menyemak bila masuk MyKasih SARA 2025?
Ketahui panduan lengkap dan info terkini di sini.
BACA JUGA : Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan MyKid Online
APA ITU BANTUAN MYKASIH SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan dibawah Program MyKasih dengan kerjasama kerajaan, untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasaraya berdaftar MYKASIH.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN STATUS LULUS BANTUAN MYKASIH SARA
Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima yang lulus dan maklumat bayaran akan dipapar.
- Selesai.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras / Telur / Minyak masak
- Roti / Tepung / Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
KADAR MASUK BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih):
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | Tiada ( – ) |
KAEDAH MASUK BAYARAN MYKASIH SARA
Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
NEGERI | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dua sekali setahun |
TARIKH BILA MASUK MYKASIH SARA 2025
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf