MyKasih Semak Kelayakan 2025: Semakan Status Penerima Bantuan RM50, RM100 & RM200

MyKasih Semak Kelayakan 2025: Semakan Status Penerima Bantuan RM50, RM100 & RM200

Sebagai langkah berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Madani meneruskan pemberian bantuan tanpa tunai melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Program ini akan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima pada tahun 2025, dengan bantuan bulanan sebanyak RM50, RM100, atau RM200 untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimana cara semakan kelayakan MyKasih 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara membuat semakan status secara online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH SEMAK KELAYAKAN 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PANDUAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

AMAUN KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH

umlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 2,100 Setahun)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 1,650 Setahun)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(RM 600 Setahun)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 900 Setahun)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 450 Setahun)
RM 50
sebulan
Bujang

CARA PENGKREDITAN BAYARAN MYKASIH

Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASASCONTOH PASARAYA
Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan Dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barangan PersekolahanMyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negarauntuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara