MYKASIH SEMAKAN 2025: CHECK STATUS KELAYAKAN ONLINE (RM600, RM900 & RM2100)

MYKASIH SEMAKAN 2025: CHECK STATUS KELAYAKAN ONLINE (RM600, RM900 & RM2100)

Program MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak Januari dan akan diteruskan sehingga Disember 2025. Bantuan ini menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM600, RM900, atau RM2100 kepada penerima yang layak, bergantung kepada kategori kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status kelayakan MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap serta maklumat pembayaran di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH SEMAKAN 2025 ONLINE

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025

KRITERIA PENERIMA MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kriteria penerima Bantuan SARA MyKasih, iaitu :

  • Penerima SARA MyKasih Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima SARA MyKasih Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

MYKASIH SEMAKAN 2025 ONLINE

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Melalui Aplikasi MyKasih.

PANDUAN MYKASIH SEMAKAN ONLINE

Ikuti kedua-dua cara semakan MyKasih seperti berikut :

  • Cara Semakan MyKasih Online Melalui Portal Rasmi :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Cara Semakan MyKasih Online Melalui Aplikasi :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

KADAR INISIATIF BANTUAN MYKASIH 2025

Inisiatif Bantuan SARA MyKasih yang disalurkan adalah dengan kadar sebanyak berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900 setahun.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650 setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450 setahun.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600 setahun.
    • Bujang Asas Bukan Miskin : Tiada.

CARA KREDIT BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam kad pengenalan (IC) penerima yang membolehkan penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan sekolah.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2025

Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima Miskin & Miskin TegarSetiap bulan :
15 Januari 2025 – 1 Disember 2025
(Selama 12 bulan)
Penerima Asas Bukan MiskinSetiap bulan :
1 April 2025 – 1 Disember 2025
(Selama 9 bulan)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.