MyKasih 2025: Semakan Kelayakan & Status Penerima Bayaran (RM200, RM100, RM50)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan di bawah Program MyKasih yang disediakan bagi membantu golongan sasar dengan bantuan bulanan RM200, RM100, atau RM50 untuk menampung perbelanjaan keperluan asas sepanjang tahun 2025. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima yang layak.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan kelayakan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui status penerimaan bayaran serta syarat kelayakan program ini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
MYKASIH 2025 SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih adalah :
- MyKASIH Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- MyKASIH Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
MYKASIH 2025 SEMAKAN KELAYAKAN
Terdapat dua (2) cara yang boleh digunakan untuk semakan kelayakan sebagai penerima MyKasih, iaitu :
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025
Setiap kelayakan akan menerima bayaran Bantuan MyKasih mengikut tempoh yang ditetapkan berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH BAYARAN |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Januari hingga Disember 2025 (12 bulan) |
Asas Bukan Miskin | April hingga Disember 2025 (9 bulan) |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan MyKasih akan dibayar berdasarkan kelayakan penerima berikut :
- Penerima MyKasih Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100 / RM200 sebulan (RM2,100 setahun).
- Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan (RM1,650 setahun).
- Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Penerima MyKasih Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun).
- Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun).
PROSES BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah melalui proses berikut :
- Penerima disah status ‘Layak’;
- Akaun MyKad akan dibuka mengikut nombor kad pengenalan yang didaftarkan semasa permohonan STR;
- Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima;
- Penerima boleh terus menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.