Semakan Kelayakan MyKasih SARA 2025: Check Status Layak atau Tidak Sekarang

Kerajaan MADANI menerusi penambahbaikan program MyKasih SARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah) kini membolehkan lebih ramai rakyat dewasa dalam golongan miskin dan miskin tegar menerima bantuan bulanan yang terus dikreditkan ke dalam MyKad. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan yang benar-benar memerlukan mengurus kos sara hidup asas dengan lebih baik.

Nak tahu sama ada anda layak atau tidak untuk Bantuan SARA MyKasih 2025? Jom semak status kelayakan online sekarang melalui panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH PENERIMA STATUS LAYAK MYKASIH SARA 2025

Jumlah penerima Bantuan MyKasih Sara pada tahun 2025 telah bertambah sehingga 75% berbanding tahun lalu, iaitu seramai berikut :

  • 5.4 juta penerima daripada dua (2) kumpulan :
    • 0.7 juta penerima Miskin & Miskin Tegar; dan
    • 4.7 juta penerima Asas Bukan Miskin.

SYARAT STATUS LAYAK MYKASIH SARA 2025

Syarat untuk status ‘Layak’ Bantuan MyKasih Sara terbahagi kepada dua (2), iaitu :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan panduan semakan status penerima ‘Layak’ MyKasih Sara :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih Sara adalah dengan kadar yang berbeza bergantung kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100/setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900/setahun.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650/setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450/setahun.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600/setahun.

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2025

  • Bayaran MyKasih Sara Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARAPEMBAYARAN BULANAN
SESI 1 :
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM100/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
SESI 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200/sebulan
Warga Emas : RM150/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
  • Bayaran MyKasih Sara Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARAPEMBAYARAN BULANAN
SESI 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM50/sebulan
Bujang : –

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment