MySARA 2025: Cara Semak Status Penerima Bantuan RM200 / RM100 / RM50 Sebulan
Menurut ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bantuan SARA adalah pengagihan semula perbelanjaan subsidi daripada penjimatan dan peningkatan hasil negara. Langkah ini diambil untuk membantu rakyat yang kini memerlukan sokongan kewangan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Penyaluran bantuan ini dilakukan melalui MyKad untuk memastikan ia sampai kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah cara untuk semak MySARA 2025? Ikuti panduan dan maklumat terkini di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semakan SARA dan manfaat yang diterima.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/
KELAYAKAN MYSARA 2025
Beberapa syarat adalah suatu kemestian untuk kriteria bagi penerima bantuan. Senarainya adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH MYSARA 2025
Kadar bantuan SARA kepada kategori isi rumah untuk miskin dan miskin tegar telah ditingkatkan daripada RM1,200 pada tahun 2024 kepada RM2,100 untuk tahun 2025. Rujuk rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYSARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN
Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penyaluran Sumbangan Asas Rahmah 2025 akan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.
Sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan bagi Januari sehingga Mac 2025 manakala akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan bermula April 2025. Rujuk rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN MYSARA 2025 |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN MYSARA 2025
Status penerima boleh disemak secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi MyKasih atau Portal Rasmi MySTR. Rujuk panduan dibawah untuk melayari:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua perkongsian di sini mengenai bantuan kerajaan adalah daripada Portal Rasmi MyKasih dan supaya memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
Alamat E-mel : [email protected]
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900