MySARA Semakan 2025: Semak Status Kelayakan Penerima Layak atau Tidak

MySARA Semakan 2025: Ketahui Sama Ada Anda Layak Terima Bantuan

Bagi tahun 2025, penerima Bantuan mySARA dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:

  1. Miskin dan Miskin Tegar – berdaftar sebagai penerima STR dan e-Kasih
  2. Asas Bukan Miskin – hanya berdaftar sebagai penerima STR

Ingin tahu sama ada anda tersenarai dalam kumpulan yang layak? Semak status kelayakan MySARA 2025 sekarang menerusi panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYSARA SEMAKAN 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

PENGENALAN MYSARA 2025

Bantuan mySARA atau nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pintar (IC) yang dikhaskan untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

KADAR BANTUAN MYSARA 2025

Kerajaan telah menetapkan kadar Bantuan mySARA yang berbeza bagi setiap kategori penerima mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BANTUAN MYSARA
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar
(Daftar STR dan e-Kasih)
RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah Asas Bukan Miskin
(Daftar STR sahaja)
RM900 setahun
(RM100 sebulan)
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR BANTUAN MYSARA
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar
(Daftar STR dan e-Kasih)
RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas Asas Bukan Miskin
(Daftar STR sahaja)
RM450 setahun
(RM50 sebulan)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BANTUAN MYSARA
Bujang Miskin & Miskin Tegar
(Daftar STR dan e-Kasih)
RM600 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang Asas Bukan Miskin
(Daftar STR sahaja)
Tiada

TARIKH BANTUAN MYSARA DIKREDITKAN 2025

Pengkreditan Bantuan mySARA adalah dijadualkan setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

MYSARA SEMAKAN 2025

Semak status anda layak atau tidak terima Bantuan mySARA melalui semakan seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi mySARA pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.