Bantuan MySTR: Semakan Fasa 1 2025 Status Kelayakan

Bantuan MySTR: Semakan Fasa 1 2025 Status Kelayakan

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kini dikenali sebagai MySTR, adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini dirancang khusus bagi membantu kategori isi rumah, individu bujang, dan warga emas tanpa pasangan menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ingin tahu cara semakan Bantuan MySTR Fasa 1 tahun 2025? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau\
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

FUNGSI DAN KEGUNAAN PORTAL BANTUAN MYSTR

Portal MySTR adalah ini berfungsi sebagai:

  • Permohonan Baharu
  • Kemas Kini Permohonan
  • Permohonan Rayuan
  • Perubahan Maklumat Asas Permohonan
  • Semakan Status Permohonan [lulus atau tidak]
  • Cetakan Permohonan
  • Tukar Kata Laluan
  • Maklum Balas – Peti Mel

LOGIN DAN SEMAK BANTUAN MYSTR

Status kelayakan penerima dan pembayaran STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKad seperti biasa
  3. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  4. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  6. Klik butang [Seterusnya]
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  8. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
  9. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  10. Klik butang [Seterusnya]
  11. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
  12. Klik butang [Tukar Kata Laluan]
  13. Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya
  14. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 1 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH AGIHAN BAYARAN
Pembayaran Fasa Satu (1)Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

PENYALURAN DUIT BANTUAN MYSTR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf