Tahun 2025 bakal tiba, dan ramai rakyat Malaysia menantikan Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) yang dijanjikan oleh kerajaan. Pembayaran ini akan dilakukan secara berfasa, dengan fasa pertama dijadualkan pada awal tahun 2025.
Ingin tahu bagaimana cara untuk semak senarai nama penerima Bantuan Tunai Rahmah dan jumlah bantuan yang akan diterima? Ikuti panduan lengkap semakan di bawah untuk memastikan kelayakan anda.
BACA JUGA : Bantuan RM100 MyKad 2025: Cara Semak & Tarikh Pengkreditan Bantuan Tunai Kerajaan
PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Bantuan Tunai Rahmah adalah ringkasnya dikenali sebagai STR yang merupakan bantuan tunai daripada kerajaan lanjutan dari tahun-tahun lalu yang menyasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana bagi membantu meringankan bebanan kewangan.
PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Kerajaan akan membayar Bantuan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat secara ansur mengikut empat (4) fasa sepanjangan tahun yang mana pembayaran fasa pertama (1) dijangka akan bermula pada :
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Pertama (1) | ** Januari / Februari 2025 |
Kedua (2) | ** Mac / April 2025 |
Ketiga (3) | ** Ogos 2025 |
Keempat (4) | ** November 2025 |
*Tarikh pembayaran akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh kerajaan nanti.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi tahun 2025 mengikut kategori dan kelayakan penerima :
- KATEGORI ISI RUMAH BERPASANGAN / ISI RUMAH TUNGGAL :
- Bergantung kepada bilangan anak :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- KATEGORI BUJANG / BALU / JANDA / DUDA TIADA ANAK :
- Bergantung kepada umur penerima :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah yang akan anda terima bagi fasa pertama (1) sila semak pada laman rasmi STR.
SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Semak nama anda sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah 2025 fasa pertama (1) pada pautan berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada penerima, iaitu :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima |
Penerima Tiada Akaun Bank | Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.