Pendaftaran eKasih Online 2025: Borang & Cara Daftar
Program eKasih adalah pangkalan data kemiskinan nasional yang menyimpan maklumat individu dan keluarga dalam golongan miskin tegar. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu merancang, melaksanakan, dan memantau inisiatif pembasmian kemiskinan, termasuk memberikan bantuan kepada mereka yang layak.
Ingin tahu cara daftar eKasih secara online untuk tahun 2025? Rujuk panduan lengkap dan borang pendaftaran melalui info di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-sara-2025/
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih dijadikan rujukan dalam program pembasmian kemiskinan, dan membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kualiti hidup mereka.
Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh diterima individu yang berdaftar dengan eKasih, antaranya adalah seperti bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih iaitu bantuan untuk pemohon dan penerima yang layak, untuk membeli barangan keperluan harian mereka.
Untuk mendapatkan bantuan ini, mereka perlulah terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan mempunyai rekod dalam sistem eKasih.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH
Kategori kelayakan pendaftaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
KAEDAH PENDAFTARAN EKASIH
Kaedah pendaftaran eKasih boleh dilakukan melalui dua cara seperti berikut:
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
PANDUAN PENDAFTARAN EKASIH
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
TALIAN PENDAFTARAN EKASIH
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN PENDAFTARAN EKASIH
Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:
- Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx. - Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian, klik butang [Carian].
- Selesai.
STATUS PENDAFTARAN
Empat status pendaftaran yang boleh dirujuk oleh pemohon seperti berikut:
- Disahkan – Telah dibanci
- Disemak – Dalam proses banci
- Ditolak – Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan: 03-8000 8000AYARAN%20STR%202024.pdf.
Website: https://ekasih.icu.gov.my/