Pengeluaran KWSP Setiap Masa 2025: Semakan Kelayakan & Syarat (Min RM50)
KWSP kini menawarkan pengeluaran fleksibel bagi ahli yang memerlukan akses kepada simpanan mereka untuk keperluan kewangan jangka pendek. Dengan jumlah minimum pengeluaran serendah RM50, kemudahan ini bertujuan membantu ahli yang berdepan situasi kewangan kritikal dan mendesak.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan pengeluaran KWSP setiap masa 2025? Semak info lengkap dan syarat terkini di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA (AKAUN FLEKSIBEL)
Akaun 3 (Akaun Fleksibel) KWSP merupakan akaun simpanan tambahan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk kegunaan kecemasan dan keperluan mendesak tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
SYARAT PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA
Pengeluaran KWSP akaun fleksibel hanya dibenarkan kepada individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
- Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50
CARA MOHON PENGELUARAN SIMPANAN
Permohonan Simpanan KWSP bagi Akaun 3 boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:
- Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual melalui ahli Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL ONLINE
Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.
- Hotlink : 03-8922 6000
- Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel