Pengeluaran Wang KWSP 2025: Semakan Kelayakan Akaun 1, 2 & 3

Pengeluaran Wang KWSP 2025: Semakan Kelayakan Akaun 1, 2 & 3

Penstrukturan semula Akaun KWSP 2025 kini membahagikan simpanan kepada tiga akaun utama (Akaun 1, 2 & 3). Ahli yang layak boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang ditetapkan bagi setiap akaun. Langkah ini memberi fleksibiliti kepada pencarum dalam merancang kewangan untuk keperluan semasa dan persaraan.

Bagaimana cara membuat pengeluaran KWSP terkini 2025 dan apakah syarat kelayakannya? Ikuti panduan lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PENGELUARAN WANG KWSP TERKINI 2025

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025

SENARAI AKAUN SIMPANAN KWSP TERKINI 2025

Simpanan caruman KWSP setiap bulan yang terkini dibahagi kepada tiga (3) akaun seperti berikut :

  • Akaun 1 (Persaraan) :
    • Simpanan sebanyak 75% daripada caruman setiap bulan untuk hari persaraan.
  • Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Simpanan sebanyak 15% daripada caruman setiap bulan untuk kegunaan pra-persaraan seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
  • Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Simpanan sebanyak 10% daripada caruman setiap bulan untuk kegunaan pada bila-bila masa seperti waktu terdesak atau kecemasan.

SYARAT PENGELUARAN WANG KWSP TERKINI 2025

Antara syarat-syarat pengeluaran KWSP yang terkini adalah :

  1. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
    • Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
  2. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
  3. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Belum mencapai umur 55 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
    • Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.

KAEDAH PENGELUARAN WANG KWSP TERKINI

Bagi memudahkan ahli, pengeluaran KWSP boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Secara atas talian (online) melalui aplikasi i-Akaun / Portal Rasmi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual di kaunter cawangan KWSP seluruh Malaysia bagi ahli Bukan Warganegara Malaysia yang tidak boleh mengakses aplikasi i-Akaun.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 1

Pengeluaran KWSP daripada akaun 1 (Persaraan) disarankan dilakukan secara manual di kaunter KWSP berhampiran. Atau bagi ahli yang ingan melakukan pengeluaran secara online, ikuti panduan berikut :

  1. Sila log masuk ke i-Akaun KWSP di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
  2. Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
  3. Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
  5. Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
  6. Selesai.

CARA-CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

Berikut merupakan beberapa cara pengeluaran KWSP daripada akaun 2 (Sejahtera) untuk kegunaan tertentu :

  • Pembelian Rumah :
    • Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
      1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
      2. Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
      3. Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
      4. Selesai.
  • Pendidikan :
    • Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
      2. Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
      3. Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
      4. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
        • Surat tawaran pengajian; dan
        • Resit bayaran yuran.
      5. Selesai.
  • Kesihatan :
    • Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Log Masuk padai-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
      3. Muat naik dokumen seperti :
        • Laporan perubatan; dan
        • Bil rawatan.
      4. Selesai.
  • Umur 50 tahun :
    • Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
      3. Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
      4. Sertakan bersama salinan IC.
      5. Selesai.
  • i-Sayang & i-Lindung :
    • Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
      • Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Ikuti cara pengeluaran KWSP daripada akaun 3 (Fleksibel) seperti berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*NOTA : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Bagi ahli yang telah membuat pemohonan pengeluaran KWSP, boleh menyemak kelayakan dan kelulusan permohonan pengeluaran seperti panduan di bawah :

  1. Sila log masuk ke dalam aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Pengeluaran] di bahagian bawah.
  4. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  5. Klik pada bahagian [Rekod Pengeluaran].
  6. Status kelulusan pengeluaran simpanan KWSP akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.