Untuk memastikan rakyat Sabah yang benar-benar memerlukan tidak tercicir daripada menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025, kerajaan negeri menyalurkan bayaran ini secara berperingkat mengikut fasa, iaitu sebanyak empat (4) kali sepanjang tahun.
Bilakah tarikh penyaluran Bantuan Sabah bagi Fasa 2 dan bagaimana untuk semak status kelayakan penerima? Teruskan membaca panduan dan maklumat penting di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH PENYALURAN SABAH 2025
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi sepanjang tahun 2025 :
FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) (Januari – Mac) | Februari 2025 |
Kedua (2) (April – Jun) | April – Mei 2025 |
Ketiga (3) (Julai – September) | September 2025 |
Keempat (4) (Oktober – Disember) | Oktober 2025 |
*Kini adalah penyaluran fasa kedua (2) yang dilakukan pada tarikh berikut :
DALAM AKAUN BANK | SECARA TUNAI | PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
April 2025 | April hingga Mei 2025 | Mei 2025 |
KAEDAH PENYALURAN SABAH 2025
Terdapat tiga (3) kaedah penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima mempunyai akaun bank | Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai kepada penerima yang layak |
Penerima mempunyai akaun e-Wallet | Disalurkan dalam akaun e-Wallet YONO Superapp |
JUMLAH PENYALURAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah disalurkan dengan jumlah sebanyak RM300 sebulan. Namun, ianya disalurkan secara sekaligus setiap tiga (3) bulan dengan jumlah sebanyak RM900 pada setiap fasa.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Status kelayakan penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.