PERMOHONAN BANTUAN RM300 SABAH : 2025 PANDUAN LENGKAP CARA REGISTER ONLINE
Antara salah satu langkah Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu rakyat miskin dan miskin tegar di Sabah adalah dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang bernilai sebanyak RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah cara permohonan Bantuan RM300 Sabah? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
APA ITU BANTUAN RM300 SABAH
Bantuan Sabah atau dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM358.5 juta untuk membantu meringankan bebanan sara hidup golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM300 SABAH
Penerimaan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang bernilai RM300 bagi fasa pertama (1) kepada 100,000 orang pertama yang layak adalah bermula pada bulan Februari 2025. Namun, pihak Kerajaan Negeri Sabah akan memaklumkannya dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM300 SABAH
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja boleh membuat permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bernilai RM300 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Negeri Sabah;
- Merupakan isi rumah miskin dan miskin tegar;
- Ketua isi rumah termasuk ahli isi rumah berumur 18 tahun dan ke atas.
PERMOHONAN BANTUAN RM300 SABAH
Ikuti panduan permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang bernilai RM300 setiap bulan secara manual seperti berikut :
- Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) :
- Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan. Pegawai di UPPM akan membantu memproses dokumen dan memastikan maklumat anda lengkap sebelum dihantar.
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) :
- Pemohon juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
- Ketua Kampung :
- Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam memastikan setiap penduduk yang layak mendapat maklumat tentang program ini. Mereka akan membantu dalam pengesahan permohonan.
- Pengesahan dan Kelulusan :
- Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan anda menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad, slip gaji (jika ada), dan dokumen pengesahan pendapatan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.