Berita baik! Program Bantuan Lesen Memandu Percuma MyLESEN B2 2025 diteruskan bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen motosikal B2 secara percuma. Kos yuran ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimana cara permohonan Lesen Memandu Percuma Madani 2025? Ikuti panduan lengkap dan cara daftar online di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA MADANI
Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Percuma (B2) atau dikenali sebagai Program MYLESEN B2 merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Malaysia Madani untuk membantu golongan kurang berkemampuan (B40) untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) tanpa memerlukan sebarang bayaran dimana kos yuran peserta (fi latihan, amali dan ujian) akan ditaja oleh Kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut:
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA MADANI
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini di Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
Catatan: permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
TARIKH BUKA PERMOHONAN
Pemohon hendaklah menyemak Portal Rasmi JPJ dari semasa ke semasa untuk mengetahui permohonan terkini MyLesen B2 agar pemohon tidak terlepas untuk mendapatkan bantuan lesen percuma 2025.
MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN
Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.
- Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
- Pemohon perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Mestilah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/