Permohonan SKAS Sarawak 2025: Semakan Nama Penerima Layak (RM250, RM400 & RM800)
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan Bantuan SKAS 2025, satu inisiatif khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Sarawak mengurangkan beban kewangan mereka sepanjang tahun. Bantuan ini termasuk kategori RM250, RM400, dan RM800, yang akan diberikan berdasarkan kelayakan.
Ingin tahu cara permohonan SKAS Sarawak 2025 dan semakan nama penerima yang layak? Dapatkan panduan terperinci dan maklumat terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-sara-2025/
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, YAB Datuk Patinggi Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah memperkenalkan Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak.
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diperkenalkan adalah untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya di Sarawak.
Dengan adanya Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), penerima boleh menampung kos pembelian barangan keperluan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan pelbagai keperluan asas yang lain.

KADAR PERUNTUKAN PENERIMA SKAS SARAWAK 2025
Dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM450 juta bagi Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2025 ini.
Kira-kira seramai lebih 850,000 ribu penerima (penduduk Sarawak) yang akan menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan setiap kategori akan menerima bantuan antara RM250, RM400 dan RM800 (bergantung kelayakan).
SYARAT KELAYAKAN MOHON SKAS SARAWAK 2025
Hanya penduduk Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan menerma Bantuan SKAS Sarawak pada tahun 2025, antara syarat-syarat kelayakan adalah :
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah :
JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK 2025
Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kelayakan kategori seperti berikut :
KELAYAKAN KATEGORI | JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 |
WARGA EMAS | RM400 |
BUJANG | RM250 |
PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025
Berdasarkan kenyataan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, penduduk di Sarawak tidak perlu membuat permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kerana ianya akan diberikan secara automatik khas kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang juga merupakan penerima STR fasa 4.
Walau bagaimanapun, untuk menerima Bantuan SKAS penerima perlu mengikuti cara berikut :
- Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
- Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
- Semak kelayakan SKAS.
- Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
- Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
- Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
- Sahkan tuntutan bantuan.
- Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.
- Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
SEMAK NAMA PENERIMA SKAS SARAWAK 2025
Untuk semakan, pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, tekan [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.