PLKN Semakan 2025 secara online kini dibuka untuk membolehkan calon menyemak sama ada mereka layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara. PLKN 2025 diperkenalkan semula dengan konsep dan format baharu, di mana peserta akan menjalani latihan kenegaraan dan pembinaan jati diri berdasarkan modul khas yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pusat latihan terpilih.
Bagaimanakah cara semakan kelayakan kemasukan PLKN 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PLKN SIRI 2 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 SIRI 2 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kelahiran tahun 2007;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
Untuk makluman, pemilihan peserta adalah secara rawak melalui Sistem PLKN 3.0.
SEMAKAN TARIKH LAPOR DIRI KEMASUKAN PLKN SIRI 2
Tarikh yang ditetapkan untuk pelatih melapor diri dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) SIRI 2 adalah pada 11 Mei 2025 bertempat di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KEMASUKAN PLKN SIRI 2
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:
- Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
- E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KEMASUKAN PLKN SIRI 2 SECARA ONLINE
Tawaran Kemasukan Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form - Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
[Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0