Semak Kelayakan PLKN 3.0 2025: Cara Semakan Status Layak atau Tidak Online

Semakan Kelayakan PLKN 3.0 bagi tahun 2025 kini boleh dilakukan secara online untuk mengetahui sama ada anda layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara atau tidak. PLKN versi baharu ini diperkenalkan semula oleh Kerajaan Malaysia sebagai inisiatif pembangunan modal insan yang lebih holistik, komprehensif, dan transformatif bagi melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan berwawasan.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan peserta PLKN 3.0? Teruskan membaca untuk panduan lengkap semakan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAK KELAYAKAN PLKN 3.0

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:

  • Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
  • E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE

Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN:
    https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar:
    [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]

Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh rujukan panduan pendaftaran di sini: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

TARIKH DAN LOKASI KEMASUKAN PLKN 3.0 TERKINI

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut.

Kemasukan Siri 2

  1. Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
  2. Lokasi:
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian PLKN : 03-40133613 / 03-40133618
  • e-Mel : [email protected]
  • Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0

Leave a Comment