PORTAL EKASIH 2025: Panduan Mohon Bantuan SARA & Semakan Kelayakan (RM2100, RM900, RM600

PORTAL EKASIH 2025: Panduan Mohon Bantuan SARA & Semakan Kelayakan (RM2100, RM900, RM600)

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) menerusi portal eKasih disalurkan kepada golongan miskin tegar dan miskin eKasih selama 12 bulan, manakala penerima kategori asas bukan miskin akan menerima bantuan ini selama 9 bulan.

Bagaimana cara untuk mohon bantuan SARA dan buat semakan kelayakan? Ikuti panduan lengkap dan langkah mudah permohonan eKasih di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/

PENGENALAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Bantuan SARA atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah adalah khas kepada rakyat berstatus miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih dan diperluaskan lagi kepada rakyat yang berstatus asas bukan miskin tidak berdaftar dengan eKasih.

Bantuan SARA disumbangkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CARA MOHON BANTUAN SARA EKASIH DI PORTAL STR 2025

Pemberian Bantuan SARA adalah kepada penerima STR. Ikuti cara permohonan bantuan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan] anda.
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA DAFTAR BANTUAN SARA DI PORTAL EKASIH 2025

Sekiranya anda telah berjaya membuat permohonan, sila daftar di Portal Rasmi eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk didaftarkan ke dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800
  6. Selesai.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA DI PORTAL EKASIH

Untuk mengetahui status anda menerima Bantuan SARA, ikuti panduan cara semakan status berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Kadar pembayaran Bantuan SARA eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza seperti berikut :

  • Penerima SARA eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN SARA EKASIH
ISI RUMAHRM2,100 setahun
WARGA EMASRM1,650 setahun
BUJANGRM600 setahun
  • Penerima SARA Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN SARA BUKAN EKASIH
ISI RUMAHRM900 setahun
WARGA EMASRM450 setahun
BUJANG

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan Bukan eKasih adalah dijadualkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA 2025
Penerima SARA eKasihSetiap bulan :
15 Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
(12 bulan)
Penerima SARA Bukan eKasihSetiap bulan :
** April 2025
sehingga
** Disember 2025
(9 bulan)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.