Portal eKasih Online 2025: Semakan Status & Bayaran Bantuan SARA RM200–RM50

Portal eKasih Online 2025: Semakan Status & Bayaran Bantuan SARA RM200–RM50

Mulai tahun 2025, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berstatus eKasih akan menerima bantuan bulanan sehingga RM200 untuk pembelian barangan keperluan asas. Kenaikan jumlah bantuan ini bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan.

Bagaimana cara semakan status eKasih 2025 melalui portal rasmi secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PORTAL EKASIH ONLINE 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU PORTAL SISTEM EKASIH

Sistem eKasih adalah Pengkalan Data Keluarga Miskin dimana data kemiskinan akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Dengan pendaftaran eKasih, penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus eKasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dengan kadar bantuan yang lebih tinggi berbanding BUKAN kategori eKasih.

SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025 EKASIH SECARA ONLINE

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PORTAL ONLINE SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH

Jika anda merupakan PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

TARIKH BAYARAN SARA 2025 KATEGORI EKASIH

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari – Disember:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BANTUAN SARA 2025 KATEGORI EKASIH

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600

PEMBAYARAN BANTUAN SARA EKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN SARA EKASIH

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara