Portal Rasmi MyKasih 2025: Semakan Status Bantuan Layak (RM200, RM100 & RM50 Bulanan)

Portal Rasmi MyKasih: Semak Status Kelayakan Bantuan Bulanan Anda
Kerajaan MADANI terus komited memanfaatkan teknologi digital untuk memudahkan penyaluran Bantuan MyKasih kepada rakyat Malaysia. Dengan sistem yang mesra pengguna, bantuan bulanan sebanyak RM200, RM100, dan RM50 kini boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih, yang memberikan akses mudah kepada semua golongan, termasuk warga emas.

Ingin semak status kelayakan bantuan MyKasih setiap bulan? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

KRITERIA KELAYAKAN RASMI MYKASIH

Bantuan MyKasih adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan MyKasih seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai atau tidak sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

TARIKH BAYARAN RASMI MYKASIH

Pembayaran Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan bermula pada tarikh :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
RASMI MYKASIH
Penerima STR dan eKasih
(Berstatus Miskin dan Miskin Tegar)
Bermula : 15 Januari 2025
Sehingga : ** Disember 2025
Penerima STR sahaja
(Berstatus Asas Bukan Miskin)
Bermula : ** April 2025
Sehingga : ** Disember 2025

*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini semula sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

KADAR BAYARAN RASMI MYKASIH

Setiap bulan, penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan MyKasih yang berbeza bergantung kelayakan setiap kategori seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
MYKASIH
JANUARI – MAC
KADAR BAYARAN
MYKASIH
APRIL – DISEMBER
Penerima STR dan eKasih
(Miskin dan Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Penerima STR sahaja
(Asas Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : –

PORTAL RASMI MYKASIH

Terdapat dua (2) pautan Portal Rasmi yang boleh diakses untuk semakan status, iaitu :

SEMAKAN STATUS RASMI MYKASIH

Ikuti panduan semakan status kelayakan MyKasih di dua pautan Portal Rasmi seperti berikut :

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
    3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] .
    4. Masukkan 12-digit Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
    7. Selesai.

Sekiranya, paparan status anda ‘Tiada Rekod Ditemui’ anda boleh terus membuat semakan status di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari pautan Portal Rasmi MySTR di atas.
    2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada pemakluman terkini.
    3. Seterusnya, masukkan 12-digit Nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
    4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
    6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
    7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
    11. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
    12. Selesai.

KAEDAH BAYARAN MYKASIH

Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan (myKad) penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Kemudian, penerima boleh membuat pembelian mengikut panduan berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berhampiran (rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  2. Pilih barangan keperluan ada mengikut 13 kategori produk yang dilulus / atau rujuk label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor pin (nombor awal MyKad) untuk pengesahan transaksi bayaran dan perlu menukarnya kepada nombor pin baharu.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.