Semakan Bantuan Rahmah SARA MyKasih 2025 – Layak atau Tidak? Semak Sekarang

Bantuan Rahmah SARA MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan Terkini

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini diperluaskan, membolehkan penerima STR bukan kategori eKasih turut menerima bantuan tambahan melalui inisiatif MyKasih. Bantuan ini membolehkan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di pasar raya dan kedai yang berdaftar menggunakan MyKad sebagai kaedah pembayaran.

Ingin tahu sama ada anda layak untuk Bantuan Rahmah SARA MyKasih 2025? Semak status kelayakan anda sekarang secara online melalui portal rasmi. Info lengkap dan panduan disediakan di bawah

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN RAHMAH SARA MYKASIH 2025

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RAHMAH SARA MYKASIH 2025 SECARA ONLINE

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BANTUAN RAHMAH SARA MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Penerima Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BAYARAN (RM)
Isi RumahRM 900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment