Bantuan Rakyat Setiap Bulan 2025 (RM200 & RM150): Semak Kelayakan Sekarang
Pada tahun 2025, kerajaan terus menyalurkan Bantuan Rakyat Bulanan kepada golongan B40 dan M40 di Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini berjumlah antara RM150 hingga RM200 sebulan, bergantung kepada kelayakan penerima.
BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN 2025
Jumlah bantuan yang akan disalurkan setiap bulan adalah mengikut kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah :
- RM100/RM200 setiap bulan bagi penerima status miskin & miskin tegar.
- RM100 bagi penerima status asas bukan miskin.
- Warga Emas :
- RM100/RM150 setiap bulan bagi penerima status miskin & miskin tegar
- RM50 bagi penerima status asas bukan miskin.
- Bujang :
- RM100 setiap bulan bermula April hingga Disember.
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SETIAP BULAN 2025
Pelaksanaan Bantuan setiap bulan adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian baragan keperluan asas setiap bulan dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SETIAP BULAN 2025
Antara kelayakan penerima yang layak menerima Bantuan Setiap Bulan adalah :
- Kriteria kelayakan penerima Bantuan RM200 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Ada atau tiada anak;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah.
- Kriteria kelayakan penerima Bantuan RM100 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang / balu / janda / duda;
- Tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- 60 tahun dan ke atas (warga emas);
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori bujang / warga emas.
CEK BANTUAN RAKYAT LAYAK ATAU TIDAK
Untuk mengetahui layak atau tidak menerima Bantuan Rakyat, ikuti panduan semakan di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Rakyat’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.