Semakan Status Bantuan MyKad MyKasih RM200 2025: Layak atau Tidak?
Tahukah anda bahawa MyKad bukan sekadar pengenalan diri? Ia kini boleh digunakan untuk menerima Bantuan Tunai MyKasih RM200 bagi tahun 2025. Bantuan ini disalurkan secara cashless dan hanya boleh digunakan di kedai terpilih melalui cip elektronik dalam MyKad.
Bagaimana cara semak status kelayakan Bantuan MyKad MyKasih RM200? Panduan lengkap serta syarat kelayakan penerima ada dikongsikan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan MyKad MyKasih :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran anda (Rujuk senarai kedai terpilih MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad yang bernilai RM200 setiap bulan adalah mengikut tarikh seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100.00 |
2. | 1 Februari 2025 | RM100.00 |
3. | 1 Mac 2025 | RM100.00 |
4. | 1 April 2025 | RM200.00 |
5. | 1 Mei 2025 | RM200.00 |
6. | 1 Jun 2025 | RM200.00 |
7. | 1 Julai 2025 | RM200.00 |
8. | 1 Ogos 2025 | RM200.00 |
9. | 1 September 2025 | RM200.00 |
10. | 1 Oktober 2025 | RM200.00 |
11. | 1 November 2025 | RM200.00 |
12. | 1 Disember 2025 | RM200.00 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Untuk semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih RM200, semakan hanya boleh dilakukan melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Pada halaman utama Portal Rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Untuk mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad, semakan perlu dilakukan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.